• LinkedIn
  • Join Us on Google Plus!
  • Subcribe to Our RSS Feed

Sejarah Sekolah

       

          Sekolah Kebangsaan RKT Sri Ledang atau nama singkatannya SK RKT Sri Ledang merupakan sekolah milik kerajaan yang terletak di Felda Sri Ledang, Tangkak, Johor (Koordinat - 2.3937955 , 102.7559681) dan dikategorikan sebagai sekolah luar bandar. Kod Sekolah bagi sekolah ini ialah JBA 9028 dan diselia di bawah Pejabat Pendidikan Daerah Tangkak. Terletak 34 KM dari Bandar Tangkak, Johor dan 35 KM dari Bandar Segamat, Johor.

       Sekolah Keb RKT Sri Ledang telah dibuka pada 1 Jun 1968 seramai 275 orang murid dan 6 orang guru . Guru Besar pertama sekolah ini ialah En Jonet bin Abdullah. Bangunan sekolah dibina di atas   Lot : No 6299 seluas 7.280 ekar dalam Mukim Bukit Serampang Sijil pendaftaran sekolah ini ialah No. SRJ / 1612 ( Rujuk MSJ / M 131 bertarikh 10 Jun 1969 atas nama Sekolah Kebangsaan LKTP Bukit Serampang Utara, Muar .

       Pada 24 Disember 1972 nama sekolah di tukar kepada nama Sekolah Kebangsaan RKT Sri Ledang Muar, ( Rujuk JPJ. Sulit 028 Bhg. 11 (72). Pada 31 Julai 1970, En Jonet b Abdullah ditukarkan ke SK Bekoh, Tangkak. Beliau digantikan oleh En Ahmad b Harun mulai 1 Oktober 1971 sehingga 14 April 1984 dan ditukarkan ke Sk Parit Jawa , Muar. En Ab. Rahman b Ab Hamid dari Sk Bukit Rahmat, Muar telah melaporkan diri sebagai Guru Besar sekolah ini pada 16 April 1984 .

        Tanah Lot: 6275 yang besebelahan sekolah Rezab Kerajaan telah diluluskan oleh pihak FELDA bagi    cadangan membina rumah guru. Sekolah telah mendapat projek gotong royong pada tahun 1986 untuk membina sati blok bangunan untuk empat bilik darjah yang bernilai RM 50,000.00.

 Pada 5 Mei 2009, 2 blok 4 tingkat dan 1 dewan besar telah dibina dengan kos RM 5,366,000.00 dan telah siap pada 19 Oktober 2012. Bangunan baru ini telah dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran Malaysia.

        SK RKT Sri Ledang mempunyai bangunan 2 blok 4 tingkat dan dewan besar. Selain itu, sekolah ini mempunyai hampir semua kemudahan dan fasaliti seperti sekolah bandar dan mempunyai 2 prasekolah dan 6 kelas untuk murid - murid Tahun 1 hingga  Tahun 6.